TUDM menerima helikopter baru
EC-725 Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima 2 helikopter ...
https://pojokmiliter.blogspot.com/2012/07/tudm-menerima-helikopter-baru.html
EC-725 |
Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan
Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima 2 helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.
Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.
“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.
Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter itu.
EC-725 Brochure |
Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille, dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.
Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.
Penggantian Pilatus PC-7 dan armada Alloute itu memastikan juruterbang muda dapat meneroka kemajuan teknologi pesawat moden di seluruh dunia.
Apa pendapat anda tentang artikel diatas?